I made this widget at MyFlashFetish.com.

penenang jiwa

Thursday, 13 October 2011

cabaran oh cabaran.....

   maaf sebab lama dah tidak update blog ni...huhu...maklumlah terdapat bnyk halang untuk ana meng'update' blog ana ni....selama ana tidak meng'update' blog ni terdapat pelbagai caaran dan kesukaran yang ana terpaksa hadapi...ya Allah...semoga urusan ku sentiasa dipermudahkan Allah....

  cabaran pertama ana dalam meneruskn lagi kembara ilmu di bumi anbiya ni penuh dengan cabaran...cabaran pertama sekali dalam menghadirkn kehadiran ke kuliah....permulaan yang tidak baok bagi diri ana....dengan keadaan jadual kuliah yang masih belum rapi dan tetap menyusahkn ana dalam menuntut ilmu...tapi ana berharap hal ini dapat diatasi dengan segera....


  cabaran seterusnya,cabaran dalam komunikasi...ana menghadapi kepayahan komunikasi untuk berhubung nan keluarga tercinta....dengan masalah komunikasi kat mesir ni menambahkn lg kepeningan kepala ana.....apapon ana harap kekanda dan ibunda ana bace blog ni....ana juz nak cakap ana rindu sama mereka dan sihat2 je...alhamdulillah....sebenarnya banyak lagi nak tulis...p disebabkn kesempitan mase....asif ana ucapkn.....insyaAllah ade mase lagi ana akn mula meng'update' blk blog ana dengan perkara2 yg dapat dikongsikn dengan pembaca2....salamun alaik

Monday, 5 September 2011

Azam baru...

  Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab memberi peluang kepada diri ini untuk menyelesaikan perjuangan di bulan yang penuh barakah,bulan Ramadhan.....disambut dengan hari kemenangan di bulan Syawal....syukran 'ala ni'mati Ilahi.....jadi bila dah bertemu dengan keluarga dan sanak saudara jadi diri ini pun telah ditambahkan 'minyak pelincir'nya untuk meneruskan perjuangan yang belum berkesudahan atau mungkin tiada pengakhirannya...sebab menuntut ilmu ini tiada erti selesai...sebab bila kita dah merasakan diri kita ini terlalu berisi dengan ilmu2-Nya sepatutnya kita merasakan diri kita ini lagi kerdil dan tawadhu'.....




  Oleh itu,semangat azam baruku kali ini,menuntut ilmu sehingga akhir hayatku dan mencari peluang untuk berdamping dengan syuyukh yg fuqaha dlm bidang masing2.....aku ingin mengutip mutiara walaupon aku tahu memang tidak mungkin dapat kukutip semua mutiara-mutiara di dasar lautan yang kaya dengan sumber-sumber yang dapat membasahkn hatiku yang kering kontang ini....




  Rasa tidak sabar je untuk kembali menjejakkan kaki di bumi para anbiya dan penuh dengan ulama'....semoga tahun pengajian baruku ini berjalan dengan baik dan dipermudahkan Allah...yang paling penting aku ingin mendapatkan keberkatan ilmu itu sendiri dari syuyukh yang ku hormati agar ilmu itu dapat aku manfaatkan kepada orang yang memerlukan nanti

Monday, 22 August 2011

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

LAILATUL QADR


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil"
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku"

Monday, 8 August 2011

Hadis tentang tanggungjawab dakwah



Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata,kami bertanya," Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan ( ilmu: sunnah/ amal saleh) dan kami tidak akan mencegah ( dakwah/ amar ma'ruf nahi mun'kar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."( Hr. Thabrani )

Orang mukmin yang jujur suka mengorek rahsia hatinya dengan mencari kelemahan dan menangisi kerugian yang ditanggung. Mereka merumuskan makna kejayaan dan peningkatan pencapaian sebenar bagi setiap tahun dalam kehidupan mengikut kacamata agama.

Peluang beramal telah dibentang untuk kita.

Dakwah itu kerja yang berterusan, hatta walau kita baru belajar hanya 1 ayat.

Pegang eratlah pada Islam

Ayuh, kejar pahala sebelum maut mengejar.

Saturday, 16 July 2011

Pendapat Ulama Tentang Sambutan Nisfu Syaaban

Rasulullah SAW bersabda:

“ALLAH melihat kepada hamba-hambaNYA pada malam nisfu Sya`ban, maka DIA mengampuni semua hamba-hambaNYA kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Hadith di atas merupakan hadith yang sahih dari Rasulullah SAW berkenaan fadhilat nisfu Sya’ban. Terdapat banyak lagi dikatakan hadith-hadith yang membentangkan tentang fadhilat dan kaifiat sempena Nisfu Sya`ban. Namun, hadith-hadith tersebut telah dikategorikan sebagai dhaif (lemah) dan maudhu` (palsu).

Adapun berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya`ban, berikut disenaraikan beberapa pandangan `ulama muktabar tentangnya :

(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi: 

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

(3) Al-Hafiz al-Iraqi:

“Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya`ban adalah maudhu`, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah SAW.”

(4) Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

“Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan `Isya’ pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya`ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid`ah (ditokok tambah dalam agama).”

(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

(5) Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz:

“Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).”

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

(6) Al-Imam as-Suyuti:

“(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).”

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Kesimpulan

Beribadatlah mengikut apa yang telah disyariatkan melalui nas sahih yang diperolehi dari al-Quran dan as-Sunnah. Jangan sekadar mengamalkan sesuatu ibadah kerana ikut-ikutan, tanpa sandaran yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunnah.

Perbanyakkanlah ibadah pada malam Nisfu Sya`ban dengan mengambil fadhilat dari hadith yang telah disebut di atas. Dirikanlah solat sunnat, baca al-Quran dan lain-lain amalan baik bagi mendekatkan diri kepada ALLAH. Tiada amalan ibadah tertentu dan khas yang bersumberkan nas yang sahih sempena Nisfu Sya`ban. Hal ini telah disebut oleh beberapa ulama seperti di atas.

Jauhkan dari perbuatan syirik dan sifat permusuhan. Kerana dua sifat yang buruk ini membuatkan diri seseorang tidak mendapat keampunan ALLAH pada malam Nisfu Sya`ban.

Berhati-hatilah dengan ancaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal berdusta ke atas Baginda SAW. Berdusta ke atasnya bermaksud menyandarkan sesuatu amalan dan perkara kepada Baginda SAW, walhal Nabi SAW tidak pernah berkata, perbuat atau bersetuju amalan sebegitu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Semoga ALLAH Yang Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa kita, amin.





*di'copy-paste' daripada muzir.wordpress.com. Sebagai rujukan untuk diri sendiri dan untuk disampaikan kepada sahabat yang masih belum tahu..

Friday, 15 July 2011

Aku nak jadi baik,tapi...


Aku nak jugak pi masjid, tapi masjid tu jauh la, dah la rumah aku letih la naik turun, kalau aku larat aku pi la, tapi kalau dah penat malas la ,pastu panas la sekarang ni, nanti musim sejuk aku pi la,

Aku nak jugak baca Quran,
 tapi nanti kawan-kawan aku kata poyo pulak, takut nanti riak pulak, aku baca la nanti bila orang tak nampak,
   
Aku nak jugak join usrah ,
 tapi bosan la asyik duduk ja dengar dia tu cakap, dia tu tak pandai nak buat lawak, boring la,, nanti kalau aku dapat naqib yang best aku pi la,

Aku tahu yang tengok cerita korea tu tak baik sebab banyak tengok aurat perempuan ,
 tapi cerita tu best, lagipun dosa kecik ja kan tengok movie tu, bukannya awek tu tak pakai baju langsung, cuma ketat sikit ja pun,

Aku nak juga bercinta selepas kahwin, sebab cinta sebelum kahwin tu x elok,
 tapi aku mesej biasa2 ja dgn dia tu, aku kena la kenal juga sebelum kahwin, sembang pun sikit2 ja, jumpa pun sebulan sekali ja, tu pun ada kawan dia teman, sembang2 kosong ja pun, aku tau la batas2 tak la sampai nak buat zina kot,, haish

Aku nak jugak pi program ceramah tu,
 tapi kan kita baru mula cuti summer, rilex la dulu, nak main DOTA ngan PES ni dulu bagi otak ni rehat sikit lepas exam,,

Aku nak juga sedekah dekat budak tepi jalan tu,
 tapi aku tengok dia macam ok ja, boleh ja hidup sampai sekarang, aku pun bukannya banyak sangat duit, nanti bila aku kerja boleh la nak sedekah,,

Aku memang nak tunduk pandangan tadi,
 tapi awek arab tadi tu seksi sangat dah la comel pulak tu, rugi la kalau tak tengok, usha sikit2 ja,,

Aku memang nak sangat jadi baik,
 tapi susah sikit la nak buat semua tu,nanti bila aku nak kahwin ka, aku pi la masjid selalu, aku baca Quran selalu.

Aku bukannya buat jahat pun kat orang lain,
 tapi nak buat semua ni malu la kat ahli bait aku ni, sebab aku tak biasa buat semua ni,

Aku nak jadi baik 
tapi pelan-pelan la,

Aku tahu kalau bukan aku yg mula ubah diri aku sendiri,ku akan menyesal nanti, tapi , , , , ,
* * * * * *
ini antara bisikan2 hati kita setiap hari,
sebagai manusia memang bisikan2 macam ni mesti datang setiap hari,

cumanya apa yang membezakan kita dengan orang lain, ialah apa
  usaha yang kita buat,
kita semua orang pernah buat dosa, cuma apa yg kita buat untuk jauh dari dosa tu,bila kita sendiri kita akan lemah, tapi bila kita dengan kawan yg baik kita akan kuat sikit,carilah kawan yg boleh bantu kita dekat pada ALlah, 


kadang-kadang bila buat dosa kita taubat, pastu buat lagi, pastu taubat balik,
dan sampai bila pun kita jgn pernah putus asa dengan
 keampunan Tuhan,
biarlah macam mana teruk sekalipun dosa kita, tapi Allah tetap mendengar taubat kita yang ikhlas,

lagi banyak alasan kita bagi banyak maksiat akan kita buat dan lagi byk masa kita terbazir, sangat takut nanti alasan kita nanti jadi saksi  depan Allah tentang lalainya kita, 
Tengok bawah ni macam mana Allah pujuk kita tanda sayangnya Dia pada kita, cuma kita ja yang selalu lupa kat Dia,, ( hadith ni boleh rujuk dalam 40 Hadis Imam Nawawi )


Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). 
Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. 
Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih).

WANITA IDAMAN LELAKI


Wanita idaman lelaki ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idaman lelaki ialah,
wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....

UNTUKMU WANITA



Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang..............;

PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

RENUNG2 KAN...FIKIR2 KAN....SLAMAT BERAMAL!!!

Thursday, 7 July 2011

Sebaik-baik nikmat adalah wanita yang ditarbiyyah


Selepas membaca buku karangan Ridhuan Mohd Nor yang bertajuk Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna, saya berfikir sejenak apabila di akhirul kalam penulis, beliau mengatakan bahawa faktor genetik cukup mengesankan dalam menghadirkan seorang pejuang yang menoreh sejarah, malah disekalikan dengan faktor lingkungan persekitaran seseorang itu membesar. Ini merujuk kepada bagaimana Hassan Al Banna sendiri yang membesar dengan didikan agama dan kemuliaan ajaran sejak dari kecil lagi.
Tarbiah di dalam sesebuah keluarga itu amat penting kerana ia akan mencorakkan peribadi seseorang anak itu. Coretan sejarah silam juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya tarbiah seharian dalam mencorak peribadi seseorang muslim. Contoh terbesar ialah Saidina Ali KWJ yang ditarbiah secara langsung oleh baginda Nabi SAW semenjak umur yang masih kecil. Saidina Ali merupakan sepupu dan anak angkat Nabi SAW yang mana Baginda Nabi mengacuankan peribadi Saidina Ali dengan hebat.
Begitu juga Usamah bin Zaid yang menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar. Usamah merupakan anak kepada tokoh Islam iaitu Zaid bin Harithah(anak angkat Rasulullah SAW). Usamah dibesarkan dalam perhatian dan kasih sayang baginda Nabi SAW terutama selepas syahidnya ayah Usamah dalam perang Muktah. Rasulullah SAW sendiri yang mengasah potensi dan bakat yang ada pada Usamah bin Zaid. Buktin kehebatan Usamah dapat dilihat apabila beliau telah dilantik sebagai panglima perang dalam umur belasan tahun.
Selain itu, ada satu kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar menjadi khalifah yang menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana peribadi seorang anak adalah cermin kepada peribadi ibu dan bapanya. Pada suatu hari, Saidina Umar telah meronda Madinah untuk melihat kehidupan rakyatnya. Ketika melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di jalanan, semua kanak-kanak bertempiaran melarikan diri kerana aura tegas pada Amirul Mukminin melainkan seorang budak kecil.
Saidina Umar bertanya dalam keadaan berseloroh, "Hai budak, mengapa kamu tidak lari sebagaimana kawan-kawan kamu yang lain?". Maka budak itu menjawab, "Mengapa aku nak lari, aku tidak berbuat apa-apa kesalahan.". Tertarik dengan keberanian dan ketangkasan budak kecil itu, maka bertanya Saidina Umar dengan penuh teruja, "Siapakah ibu dan bapa kamu?". "Ibuku Asma' binti Abu Bakar dan bapaku Zuber Al Awwam" tukas budak kecil itu. "Patutlah kamu seorang yang hebat kerana kamu mempunyai ayah dan ibu yang hebat" ujar Saidina Umar. Anak kecil itu ialah Abdullah bin Zuber yang akhirnya membina nama besar dalam sejarah Islam.

Maka dapatlah digambarkan bahawa tarbiyah itu sangat penting khasnya dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, pada zaman moden kini, sesi tarbiyah dalam keluarga sangatlah jarang diamalkan melainkan para insan yang berjiwa Rabbani, mempunyai pegangan Islam yang utuh dan kukuh juga mengimpikan kehidupan (ad-din) yang unggul.
Mungkin para suami berpendapat bahawa bukan semua wanita rela ditarbiyyah dengan keimanan tetapi saya rasa itulah yang sepatutnya dipupuk dalam institusi kekeluargaan dalam mengimpikan keluarga sakinah. Mungkin anak perempuan tidak mahu mendengarnya pada awal usia mereka tetapi saya yakin apabila mereka besar, mereka akan faham kenapa ayahnya berbuat demikian. Tarbiyahlah mereka dengan cara yang betul melalui aliran kasih sayang dan ikhlas kerana Allah. Kurangkanlah ego wahai suami untuk ekspresikan tarbiyah kepada keluargamu demi menggapai keluarga sakinah.
"Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini.."

Tuesday, 5 July 2011

Zikr sebelum mati kecil(tidur)






Ingin sekali berbicara sebagai tazkirah untuk diri sendiri tentang peringatan dan amalan simple tetapi amat besar di sisi Allah Ta'ala yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai guideline kepada kita untuk menempuh mencari kehidupan sebenar yang kekal abadi di akirat nanti. Pencarian kita di dunia ini hanyalah sebagai bekal untuk hidup di akhirat nanti. Jangan sesekali kita jadikan kehidupan dunia sebagai tujuan hidup ini.
Hari ini ana hendak berkongsi satu amalan yang makin dilupai oleh umat Islam seantero dunia kerana kealpaan kita merealisasikan sunnah Rasulullah SAW dan terlalu terpengaruh dengan budaya barat. Amalan yang ana maksudkan ini ialah zikir sebelum mati kecil atau tidur.

Saidina Ali RA pernah berkata (lebih kurang begini,tak ingat sangat nas sebenar): "Setiap orang yang berakal dari kalangan kami (sahabat) mesti membaca zikir sebelum tidur sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.


Maknanya di sini, dari budak-budak yang telah baligh hingga yang dah tua pasti mengetahui zikir-zikir yang patut dibaca sebelum tidur sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.



Remaja hari ini lebih suka memasang suara-suara syaitan daripada membaca doa atau zikir mengingati Allah Ta'ala sedangkan penyanyi atau sesiapa sahaja tidak dapat menjamin kita bangkit hidup macam biasa keesokan harinya.Tapi itulah hakikatnya sekarang ini,mereka lebih suka mengakhiri hidupnya dengan benda-benda yang laghawut tiada faedah.


Sebenarnya itulah gambaran kita sebelum mati nanti. Ada hukama' menukilkan,sesiapa yang ingin melihat atau mengetahui bagaimana keadaan seseorang itu hendak mati nanti perhatikanlah bagaimana keadaannya sebelum tidur.



Andai sebelum tidur kita ingat bagaimana nak tambahkan satu ringgit menjadi satu juta maka itulah akan disebutkan ketika hendak mati nanti.



Andai seseorang sebelum tidur ia ingat bagaimana hendak merompak harta orang maka masa hendak mati nanti perkara inilah yang akan disebut-sebut nanti.



Mustahil untuknya hendak menyebut nama Allah Ta'ala ketika mati kerana ketika hendak tidur tak pernah mengingatiNYA!!!



Cuba kita lihat apakah yang kita gunakan untuk dodoi anak-anak kecil untuk tidur? Pernahkan kita ajar doa dan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?



Di sinilah kita kena bermuhasabah!



Ok,bagimanakah cara Rasulullah hendak tidur dan apakah doa dan zikir yang patut dibaca?



1. Hendaklah tidur dalam keadaan wudhu'.

Sebagaimana sabda Rasulullah :

إذا أتيتَ مضجعكَ فتوضأ وضوءك للصلاة

Maksudnya :"Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu(hendak tidur) maka hendaklah kamu berwudhu sebagaimana wudhu' hendak solat".

Apakah fadhilat tidur dalam keadaan wudhu'?

Sabda Rasulullah SAW :

من بات طاهراً بات في شعاره ملك ، فلم يستيقظ إلا قال الملك اللهم اغفر لعبدك فلان فإنه بات طاهراً

Maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan wudhu' maka akan tidur malaikat di rambutnya satu malaikat.Tidak bangun dari tidur kecuali malaikat tersebut berdoa:"Ya Allah,Engkau ampunkan hambaMu ini.Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan wudhu'."



2. Baca ayat kursi.

Apakah fadhilatnya?

Diceritakan dalam hadith bahawa akan datang satu malaikat yang akan menjaga orang yang membaca ayat kursi sebelum tidur daripada gangguan jin dan syaitan serta segala keburukan.

Dalam erti kata lain malaikat menjadi pengawal kita ketika tidur daripada segala keburukan dan kejahatan.


3. Membaca dua ayat terakhir daripada surah al Baqarah.



4. Membaca doa hendak tidur :

بسمك اللهم أموت و أحي

Maksudnya :"Dengan namaMU aku mati dan hidup".



5. Menadah tangan,membaca tiga Qul kemudian tiup di tapak tangan dan sapu seluruh tubuh sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا آوى الى فراشه كل ليلة جمع كفيه ثم نفث فيهما فقرأ فيهما : ( قل هو الله أحد ) ( قل أعوذ برب الفلق ) ( قل أعوذ برب الناس ) ، ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده ، يبدأ بهما على رأسه ووجهه وما أقبل من جسد ، يفعل ذلك ثلاث مرات . أخرجه البخاري.
Dan banyak lagi doa dan zikir yang elok dibaca dan diamalkan, bolehlah rujuk dalam kitab-kitab turath yang lain.

wallahu 'alam



Salam Ukhuwah..~





(Tok Wan & Ohamad Nurul Hafiz Ab Latif)