Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.
Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku
idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia
amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah
al-Baqarah , ayat 216.
Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.
Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan
janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.
Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu
amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.
Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya
kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.
Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada
orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk
mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.
Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa
daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.
Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu
ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah
al-Insyirah, ayat 5-6.
penenang jiwa
Monday, 18 April 2011
Sunday, 10 April 2011
special untukmu wanita...
Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)
1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)
2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??
Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.
..................................................................................................................
Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:
1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..
Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?
......................................................................................................................
Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.
1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?
Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.
Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
..............................................................................................................................TUDUNG TETAPI KAIN BELAH

Kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.
TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT

T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas.
TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG

Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.
TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT

Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul just nice mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. Apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.
TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT

Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.
TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING

Ini adalah kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.
TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG,SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.
APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?
Posted by
Black White
Friday, 8 April 2011
besyukur pada-Mu ya Rabbul 'Aalamin....
Alhamdulillah....pada 7 april yang lalu menjadi detik-detik yang manis dalam kehidupanku setelah kembali jejaknya kakiku di bumi Ardhu Kinanah ini setelah peristiwa 25 januari yang lalu......pada hari tersebut , diriku telah kembali di isi dengan kata-kata semangat serta peringatan tentang siapa diriku sebenar......selain itu , ukhuwah yang telah lama terjalin di antara ikhwah-ikhwah turut terubat di hati setelah dapat bersua kembali dengan mereka untuk sekian kalinya.....
Hatiku juga telah diisi dengan pelbagai 'fatirah-fatirah' yang penuh bermakna bagi diriku ini kembali....dan terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang sudi berkongsi serta memberikan maklumat yang sahih lagi mahal bagi diriku....bagi dirik , dengan perkongsian ilmu dengan mu , sahabat-sahabatku banyak membantuku dalam perjalanan dakwah yang ku susuri.....insyaAllah semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa diredhai Allah......
Sesungguhnya pada sahabat-sahabat lamaku terutama kepada akhi Syamil dan akhi Munzir , madah kata-katamu dan perkongsian ilmu yang diberikan oleh antum lagi menambahkan api semangat juang dalam diriku untuk mengenali dengan lebih mendalam akan jalan dakwah kita....semoga apa yang kita laku sentiasa mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.....insyaAllah
Posted by
Black White
Wednesday, 6 April 2011
Ya Allah....Ya Rabbul 'Izzah....
Ya Allah,sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah di sisi-Mu ya Allah.....Hanya pada-Mu aku berserah...ada kala keimanan di dalam hatiku ini bertambah dan ada kalanya iman dihatiku ini berkurangan teramat dek 'title' diriku sebagai insan......sesungguhnya aku tidak pernah lari dari melakukan kesalahan sama ada yang besar mahupun yang kecil atau kesalahan yang kusedari mahupun yang tidak disedari olehku...
Ya Allah,Engkau berilah kekuatan pada diriku untuk menghadapi ranjau liku kehidupan yang menanti diriku ini....sesungguhnya perjalanan kehidupanku di dunia ini terlalu jauh umpama sang musafir yang mencari bekalannya untuk melengkapkan atau menampung kekurangan yang terdapat pada dirinya.....sesungguhnya dengan keimanan , kekuatan dan keyakinan yang dicampakkan oleh Engkau di dalam hatiku ini yang akan dapat membantuku meneruskan kehidupanku di dunia-Mu yang penuh dengan mehna dan cabaran.....
Ya Allah,sesungguhnya hanya Engkaulah yang mengetahui segala isi hati hamba2Mu......sama ada isi hati hamba2 yang taat kepada-Mu ataupun sebaliknya......sesunggunhnya hanya Engkau sahajalah tempat untuk hamba2Mu mengadu apa yang terlintas dalam pemikiran mereka......
Posted by
Black White
Subscribe to:
Comments (Atom)






