I made this widget at MyFlashFetish.com.

penenang jiwa

Tuesday, 28 June 2011

abii...

--------AYAH--------♥


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?


Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??


Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yg sangat berharga.


Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Monday, 20 June 2011

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH

     Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!  

Monday, 13 June 2011

surat kepada si dia....



   Kepada si dia yang kusayangi...maafkan diriku atas jalan yang kita terpaksa lalui ini....tapi percayalah,dengan izin Allah moga jalan yang kita ambil ini lebih diredhai serta diberkati oleh Allah...bukan diriku ini sengaja memilih jalan ini....tapi kerana dakwah sebagai 'priority' paling utama jadi kulangkahkan diriku ini pada perkara yang lebih utama...




   Dan tidak bermaksud aku memilih jalan ini kerana aku mempunyai pilihan hati yang lain....tetapi apa yang aku harapkan pada dirimu agar letakkan kepercayaan pada diriku sepertimana aku meletakkan kepercayaanku pada dirimu....dan apa yang diriku lakukan ini semua hasil daripada nasihat naqibku...bukan sengaja aku putuskan untuk melalui jalan ini...tetapi diriku yakin dengan sepatah kata dari naqibku...iaitu 'TIDAK PERLU RISAU ADIKKU....SEBALIKNYA YAKINLAH PADA ALLAH JIKA DIA TERBAIK UNTUKMU PASTI AKAN DIJODOHKAN JUGA PADA 1 HARI NANTI"...



  Jadi bila diriku terdengar akan perkataan ini aku jadi bertambah yakin untuk memilih jalan ini....aku ingin tahu apa betul niat aku menyayangi dirimu kerana agama-mu atau kerana nafsu semata2....oleh itu,maafkan diriku..maafkan diriku atas pilihan yang mengejut ini....pada suatu malam,aku ditunjukkan oleh akhi yang se'housemate' dengan diriku....dia telah menunjukkan erti cinta yang sebenar...iaitu CINTA SELEPAS BERNIKAH....apabila diriku melihat video ceramah tersebut..hatiku tersentuh teramat...tersentuh kerana aku inginkan kita juga seperti itu...oleh itu sekali lagi membuatkan keyakinan ku bertambah untuk memilih jalan ini....




   Dan ketika aku mendengar ceramah tersebut,pintu hatiku sekali lagi diketuk...di hujung fikiranku terlintas betulkah cara aku membimbing atau membawamu agar sentiasa tidak lupa dan tidak lalai pada si Dia?....sesungguhnya dalam islam itu tiada istilah ber'kapel' melainkan setelah diijabkabulkan...oleh itu memadailah kita mengikuti jalan ini...lagipun jalan kita yang pilih ini amatlah baik sebenarnya...dapat mengelakkan diri kita dari terjerumus ke arah zina...mangsa syaitan itu tidak pernah mengira sama ada muda atau yang tua,yang berkopiah ataupon tidak...sesungguhnya iblis telah meminta izin dengan Allah untuk menyesat anak2 Adam as ini dan membawa mereka sekali bersama syaitan2 ini ke neraka jahannam...




  Yakinilah andai kita tetap dijodohkan Allah pasti satu hari nanti akan aku menemui wali mu terus agar kita bersama dalam satu ikatan yang sah...sekali lagi maafkan daku....


   "Ya Allah,thabitkanlah hati kami agar kami tetap dengan jalan yang kami pilih..walaupun ia perit tetapi itulah lebih manis...Engkau pertemukanlah kami dalam satu ikatan yang sah...sesungguhnya keredhaan-Mu itu amat bermakna dalam sesebuah hubungan yang menjadi fitrah insaniah ini...penuhilah di dada kami ilmu2 yang bermanfaat terutama ilmu2 agama Mu ya Allah yang akan membawa kepada kesejahteraan hubungan kami"


maafkan diriku.......


Thursday, 2 June 2011

فترة الامتحان



 alhamdulillah,sekali lagi diberi nikmat oleh Allah untuk terus 'mencoteng' wall blog ana....ana ingin memohon maaf sebab agak lama jugalah ana tidak update blog ana....maklumlah semakin hampir dengan tempoh final exam untuk tahun tamhidi ana kat Mesir ni....

  Jadi atas kesempatan ini ana memohon agar doakan untuk kejayaan serta diberi ketenangan oleh Allah dalam menduduki tempoh peperiksaan ini......

"Ya Allah,Engkau thabitkanlah hatiku ini agar sentiasa diberikan kekuatan dalam menuntut ilmu dan lekatkanlah segala ilmu ku ini di dada dan otak ku ya Allah....janganlah Engkau sekadar  memberi aku ingatan yang memfokuskan kepada imtihan sahaja...sesungguhnya apa yang aku harapkan agar ilmu ini dapat aku memanfaatkan serta menyampaikan kepada yang memerlukan...."

 Doakan agar ana dapat menjawab setiap madah almuharaat especially maharatul istima'....madah yang paling ana risaukan....semoga diberi ketenangan oleh Allah.....

 Kepada rakan2 ana yang bakal turut menduduki imtihan,ana ucapkan bittaufiq wannajah dan semoga kita berjaya bersama2...^.^V