Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Koor :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Koor :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Haa...nasyid ni mesti antum pernah dengarkn....nasyid ini dinyanyikan oleh opick....ana bkn nk cerita panjang lebar pasal penasyid dye...tapi ana nak cerita pengisian daripada lirik nasyid ini...ubat hati..tajuk nasyid pon 'qais'....sngt2 bagus...Kadang-kadang kita selalu merasakan diri kita ini dilande keresahan serta kerisauan dengan pelbagai masalah....maklumlah,dalam kehidupan ini memang kita tidak lekang atau lari daripada pelbagai masalah...masalah dalam pembelajarannya,masalah dalam pekerjaannya,masalah dalam kehidupan seharian kitalah senang cerita....jadi sebenarnya bila kita tgk lirik nasyid memang betul 5 perkara ini boleh dijadikan sebagai pengubat hati kita dikala kita dilanda kerunsingan serta kerisauan...
Pertama : membaca al-quran serta maknanya...
Al-quran merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad s.a.w. yang dilindungi sampai hari kiamat...tiada seorang pun yang mampu mengubah isi2 al-quran itu kerana ia dijaga sendiri oleh Allah sehingga hari kiamat...itu merupakan janji Tuhan Sang Pencipta....
Firman Allah s.w.t mafhumnya:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya
(Al-Hijr:9)
Jadi apa yanag ana nak sampaikan kat sini ialah insyaAllah bila kita baca al-quran segala dalam isi2nya benar2 dan dari Allah sendiri....bukan seperti komik2 atau majalah2 yang ditulis oleh kita di mana pengisian kadang2 boleh membawa kepada dosa dan menambah lagi kerunsingan di hati....InsyaAllah sekiranya kita membaca al-quran serta membaca maknanya serta memahami maknanya dengan mendalami insyaAllah kita mendapat ketenangan...ana sendiri pernah mengalami keadaan ini...apabila hati ana kerunsingan ana akan membaca al-quran dan alhamdulillah kerunsingan tersebut makin lama menghilang dan ana dapat merasakan ketenangan...itulah kuasa al-quran itu sendiri....sebagai pembawa berita gembira dan juga sebagai amaran kepada mereka yang lalai di muka Bumi Allah ini.....tetapi janganlah kita hanya berdamping dengan al-quran bila kita dalam keadaan runsing sahaja...kalau boleh biasakanlah membaca al-quran ketika kita dalam kerunsingan dan juga ketika kita senang.....
Kedua : rajin2kanlah berqiamullail...
Ana tahu yang kedua ni mesti payah sedikit bg diri kita termasuk diri ana sendiri...maklumlah,bukan senang untuk kita bangun pagi tuk berqiammulail...hanya orang yang diberi kekuatan sahaja yang mampu untuk bangun di pagi hari untuk beribadah kepada Allah....sekiranya kita memang berazam untuk berqiammullail insyaAllah Allah akan membantu hamba2-Nya sekiranya mereka betul2 berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah.....malah ana sendiri pun sentiasa mempunyai keazaman untuk bangun mendekatkan diri kepada Allah.....
Percaya atau tidak,sebenarnya bila kita bangun untuk berqimullail di pagi hari,kita merasakan diri kita teramat dekat dengan Sang Pencipta....kerana pada waktu itu manusia semua dibuai mimpi indah masing2...jadi bila kita hendak berqiamullail tiada sesiapa pun akan mengganggu kita...pada waktu inilah kita boleh mengadu pada Allah akan segala masalah kita dengan tenang serta aman....tiada gangguan...kita boleh memohon doa pada Allah agar memberi ketenangan pada hati kita serta kejayaan dalam kehidupan....
Ana pernah dengar dalam 1 ceramah,penceramah 2 ada mengatakan bahawa Allah mencari hamba2-Nya dan megperkenankan doa2 hamba-Nya yang mendirikan solat di malam hari atau berqiamullail...MasyaAllah,betapa hebatnya mereka yang dapat berqiamullail...bukan setakat doa diperkenankan Allah malah mendapat ketenangan dalam mendekatkan diri...InsyaAllah marilah kita bersama-sama melakukan qiammullail termasuk diri ana sekali....walaupun kita tidak mampu melakukan setiap pagi paling kurang setiap minggu kita lakukan qiammulail....paling penting.kita sama2 mencuba untuk bangun pada pagi hari untuk mendekatkan diri pada Allah dan melakukan 'post mortem' dalam kehidupan seharian kita....
Ketiga : lazimilah diri dengan duduk di dalam majlis2 ilmu
Biasakanlah diri kita dengan menghadiri majlis2 ilmu....kalau nak diikutkan majlis ilmu ini banyak malah ada di mana2 sahaja....cuma bergantung pada diri kita sahaja untuk mengambil 'mutiara2 di lautan' itu ataupun tidak.....kebiasaanya di surau2 atau masjid pasti akan dibuat majlis2 ilmu atau ceramah yang berkenaan dengan agama dan sebagainya....kadang2 bila kita menghadiri majlis2 ilmu pasti hati kita akan mendapat ketenangan kerana kadang2 secara tidak 'spontan' bila kita duduk di dalam majlis2 ilmu itu sedikit sebanyak maklumat2 yang kita dapat dalam majlis dapat membantu mengurangkan atau menyelesaikan masalah kita...
Malah bila kita duduk di dalam majlis2 seperti ini kita tidak rugi malah kita beruntung....kerana kita makin menambahkan input dalam diri kita dengan segala info atau ilmu pengetahuan dari majlis2 ilmu ini...sedar atau tidak,bila kita menghadiri majlis2 ini,kita dapat menambahkan ilmu kita dalam pengetahuan agama,hal2 semasa dan sebagainya....jadilah marilah kota melazimikan diri kita untuk menghadiri dalam majlis2 ilmu....
Keempat : perbanyakkanlah puasa...
Puasa....kita hendaklah perbanyakkan ibadah puasa kita tidak setakat hanya berpuasa pada bulan Ramadhan sahaja...tetapi marilah kita praktikkan diri kita supaya membiasakan diri melakukan puasa sunat pada hari isnin dan khamis....masyaAllah..besar pahala puasa ini jika dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita dan tidak hanya berpuasa di bulan puasa sahaja....puasa melatih agar menahan diri kita daripada lapar,dahaga dan melakukan perkara2 yang boleh membatalkan amalan puasa kita...
Dengan puasa kita dapat menundukkan hawa nafsu kita....bila berpuasa kita akan lebih hebat dalam mengingati Allah dan kita dapat merasakan keperitan hidup mereka yang tidak bernasib baik seperti kita...dengan puasa juga kita dapat mengingatkan siapa diri kita ini....
Kelima : perbanyakkan zikir pada Allah
Yang terakhir ini ana rasa tidak mustahil bagi diri kita lakukan...berzikir pada Allah...ana tertarik dengan satu perkara,di Mesir di mana2 sahaja kita akan dapat melihat tulisan2 yang mengingatkan kita agar sentiasa dan tidak lupa berzikir pada Allah...la tansa zikrullah....inilah tulisan2 yang ana sentiasa nampak bila berjalan2 di kawasan Mesir ini.....masyaAllah....sampai tahap itu mereka berpesan agar selalu mengingati Allah....dalam solat yang kita dirikan lima waktu sehari semalam itu kalau kita hayati bacaan2 yang kita ucapkan dalam solat itu sebenarnya merupakan zikir2 pada Allah....
Lepas solat solat kita juga sering berzikir pada Allah...Subhanallah,alhamdullillah,Allahuakbar...itulah zikir yang kita lafazkan setelah selesai melakukan solat.....jadi tidak mustahil juga kita boleh berzikir di mana2 melainkan tempat2 yang diharamkan untun kita berzikir seperti tandas atau seangkatan dengannya....di mana2 sahaja kita mampu berzikir pada Allah......
Sebenarnya ana tahu bila ana tulis sesuatu di laman ana ini,ana mesti buktikan dengan diri ana sendiri....ana tidak mahu menjadi seperti orang yang cakap lain bikin lain....dan tujuan ana buat blog ini untuk mengingatkan diri ana serta mendekatkan diri ana pada Allah....itulah impian ana sekali lagi....






