Wah,betapa rindunya hatiku ini pada mereka!!hehe...siapakah mereka yang bertuah itu??sudah tentu keluargaku yang kukasihi....hehe....terutama pada adik kecikku yang kian membesar...seronok je hati ini dapat ber'skype' dengan mereka....tidak lupa juga pada atuk2,pakcik2 dan makcik2 yang dapat merasai ber'skype' nan diriku ini diperantauan.....alhamdulillah...
Dari raut wajah mereka terpancar gambaran kebahagiaan dan keceriaan mereka di sana....dan tidak lupa pada mak ayahku yang sentiasa mengingatkan diriku supaya sentiasa pergi ke kuliah dan jangan ponteng kelas..ye ayahanda dan ibundaku,anakandamu akan sentiasa ingat pesananmu itu....pesanan yang khas 'diterbangkan' untukku di kawasan yang dikelilingi gurun pasir...insyaAllah....
"Ya Allah,Engkau ampunkanlah segala dosa2 kedua ibubapaku,Engkau kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani diriku sewaktu kecil.Ya Allah,kau juga ampunilah dosa2 hambaMu yang kerdil ini,janganlah kau menyimpangkan hati ini setelah Engkau memberi nur iman.Ya Allah,kau ampunilah segala dosa2 saudara maraku,pakcik2 dan makcik2ku...ampunilah juga dosa2 cikgu2ku,kawan2ku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.Amin~Amin ya Rabball'aalamin"......
Sesungguhnya aku berasa bertuah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan ceria..yang kaya dengan nikmat iman dan islam di dalam keluarga tersebut.....semoga kenikmatan tersebut kekal untuk selama-lamanya....
