"Sewaktu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,
'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi
utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda,
'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada
Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap
mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa
meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم lagi,
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang
mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada
Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada
hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi
menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah سبحانه وتعالى haramkan dirinya daripada terkena
nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh
selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah سبحانه وتعالى dua kebebasan
iaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (صلى الله عليه وآله وسلم). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah سبحانه وتعالى mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah سبحانه وتعالى mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah سبحانه وتعالى kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada
kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT,
dia akan diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى
7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah سبحانه وتعالى pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya
tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya
di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau
utusan Allah).'
Sedikit peringatan untuk kita semua:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)
(Copy from Cikgu Fikrie Shahid)
